RULES

Terma Dan Syarat


  1. Am
    1. Penyewaan adalah untuk sebuah rumah.
    2. Bayaran dibuat secara tunai pada masa check-in atau ATM Transfer atau Online Transfer.
    3. Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.*Terutama apabila telah larut malam.
    4. Menggunakan perabot dan peralatan yang disediakan dengan baik.
    5. Tutup suiz lampu, kipas dan air-cond apabila tidak digunakan atau apabila keluar rumah.
    6. Muslim Sahaja.
  2. Mematuhi Hukum Syarak -
    1. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa.
    2. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
    3. Makanan dan minuman yang Halal sahaja. Tidak dibenarkan alkohol, dadah dan sebagainya.
    4. Syarat (2)(i, ii, dan iii) di atas adalah wajib dipatuhi untuk menyewa dan Pemilik Rumah berhak untuk membatalkan penyewaan serta-merta jika didapati ada perlanggaran.
    5. Jika didapati ada keraguan, kami berhak meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan, surat nikah atau bukti pertalian saudara yang mahram. Harap DiMaklumi.
  3. Tempahan
    1. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon yang tertera atau secara online
    2. Deposit tempahan diperlukan bagi mengesahkan tempahan.
    3. Deposit tempahan adalah 50% mengikut berapa jumlah hari yang anda tempah.
    4. Jika terdapat beberapa tempahan pada hari yang sama maka tempahan akan diberikan kepada tetamu yang paling awal membuat bayaran deposit.
    5. Sebarang pembatalan tempahan mestilah dimaklumkan seminggu lebih awal untuk pemulangan deposit.
    6. Sila nyatakan bilangan penghuni semasa menempah. Jika bilangan penghuni terlalu ramai hingga melebihi had yang boleh ditampung oleh sebuah rumah, kemungkinan caj tambahan dikenakan.
  4. Check-in / Check-out
    1. Check-in 2:00pm dan Check-out 12:00pm
    2. Jika tiada tetamu lain pada hari sebelumnya, boleh minta untuk check-in awal pada kadar masa yang wajar.
    3. Sila maklumkan terlebih dahulu jika anda perlu untuk check-in awal bagi menjamin kelancaran urusan.
    4. Permintaan untuk check-out lewat selepas 12:00pm tidak lagi dapat dibenarkan kerana akan menyebabkan gangguan kepada pelawat yang akan masuk kemudian.
    5. Diharap anda dapat merancang perjalanan anda dengan baik untuk menjamin kelancaran urusan.